Friday, October 21, 2011

Bukit Air Perlis 8/10/2011



setelah perbincangan demi perbincangan dibuat selama seminggu,
aku merancang utk ke bukit air,
bermandi d sana dan pergi ke Padang Besar,
ketika ini kami happy sgt....
semasa menanti Hafiz, Hazel dan Nattz dari Peneng ke Alor Star,
aku dan naiem membuat persiapan menjemput mereka ke rumah aku,
manakala Nadratul pula sibok memasak makanan utk d bawa ke sana,
setibanya kami di rumah Nadratul,
aku berjumpa dgn fmlynya 
dan berbual-2x sambil menanti keretanya, 
dari situ jg aku dpt thu pngilan manjanya d rumah iaitu Dik Ton,
jam telah menunjukan pukul 12 t/hari,
kami pown bergerak ke sana degan seronoknya bermandi d sana,
bagi ku ini kenangan yg x mungkin dpt ku lupakan bersama kwn-2x 
serta si dia walaupun kmi masih berkwn.
pada mlm nya pula, aku mmbwa kwn2 aku berjln2 pusing alor star
dan mmbwa mereka ke Uptown Stadium da ICT depan Masjid Zahir.
walaupun hjan...kmi ada msalah sedikit ketika itu kerana BF si dia keje nk marah ja,
walau bagaimanapun,kmi abaikan dan terpksa biarkan dia berckp dlm kereta sambil menangis.
dari c2 aku mula mengetahui apa msalah yg d hadapinya...pa pown enjoy with my frenz.





Thursday, October 20, 2011

Kolam Air Panas Baling

peristiwa ini berlaku tanpa d rancang, pada 1 oktober 2011, kami bergerak menuju ke kolam air panas pada jam 11 mlm bersama kawan2 aku iaitu, Hazel, Hafiz, Choy dan Nattz serta <3 nadzratul...mgkin ini permulaan bg aku dan si dia menjadi lebih rapat dari biasa, dan aku berterima kasih sgt pada Nattz yg telah bantu aku untuk merapatkan hubungan aku dan dia...walaubagaimana pown aku happy kerana telah ada kenangan bersamanya... tq kwn2 yg telah buat hari itu menjadi sweet memories bg aku. 


15/9/2011

setelah pelbagai cara aku cuba untuk mengorat NADZRATUL NAIEM BINTI REDZUAN, sampai terpaksa aku meminjam henset WAN utk msj dgn si dia tanpa dia sedar bahawa itu aku, dan akhirnya aku memiliki sendiri 6be si dia, dan pada hari ini aku dpt blik kedah bersama si dia dgn kereta kesayangan aku, kereta yg telah banyak berjasa pada diri aku, TQ sgt2,.. sambil dalam perjalan pulang, aku happy berbual dgn si dia...aku ingt dia seorg yg pendiam jgk, pada hakikatnya tanggapan aku salah, org nya mmg bnyak jgk bercakap mcm dgn aku,..aku rasa happy bla brada d sampingnya,..first time ketika aku blik, dia belikan aku KFC, tapi aku mkn sedikit ja...yg lebihnya aku berikan kepada family aku..sejak itu aku kerap msj dia, walaupun aku thu dia sdah berpunya,... dia tanpa segan silunya menceritakan ttg bf nya,walaupun aku baru mengenali nya...aku sllu menjadi pendengar ceritanya biar pun aku terpaksa merahsiakan isi hati aku yg aku suka padanya,..biarlah masa yg menentukan...cinta x boleh d paksa... lebih baik pendam perasaan itu...

Cinta Junior 22/8/2011 (nadzratul naiem binti redzuan)

pertama kali ku memandang wajahnya,
aku terasa ingin berkawan dengannya,
si dia dengan berpakaian baju kurung warna oren,
seakan-akan telah menbuka hati aku untuk mencintai orang lain,
tapi aku merasai mustahil sekali,
mgkin oleh sikap aku yang pemalu dan ssh nk menegur org yg aku x kenal,
aku biarkan msa itu berlalu tanpa pesan,
aku hanya bercakap dengan rakan sekelas aku saja,
dan mencuri-2 melihat wajahnya tanpa dia sedar,
walaupun aku ini d katakan sombong,
aku hanya berdiam,
mgkin ssh untuk aku mengenali dan bercakap dgn si dia,
setibanya aku d rumah dan aku on9,
tba2 petang 2 aku lihat dia add aku di muka buku A.K.A facebook,
dan aku hanya sempat msj dgn si dia walaupun sekejap...
next step>to be continuos..

Monday, August 22, 2011

Untuk Teman Sejati

kepada mu Allah,
ku panjat doa,
akan berkekalan,
kasih sayang kita,
kepada mu teman,
ku pohon sokongan,
pengorbanan dan pengertian,
telah ku ungkapkan segalanya,
selama ini ku mencari teman sejati

Monday, August 1, 2011

seseorang yag amat aku cintai dan sayangi

mengenalinya ketika usia remaja...
tanggal 3 syawal,
bersamaan 3 oktober 2008,
walaupun x bersama,hidup ku tanpa arah jika dia tiada bersama...
biarpun terpisah dek waktu...aku amat mencintai...
aku x pernah mengenali erti putus asa...
org yg berputus asa x mungkin akan menemui kejayaan nya....
biarpun bnyak kenangan yg aku lalui bersamanya...
aku tetap merasai kebahagiaan biarpun dia bersama org lain...
tetapi ku ingin dia tahu bertapa aku amat menyayanginya setiap detik, saat dan ketika... kerana cinta itu dtg dari hati bknnya sekadar ungkapan yg blh menipu diri seseorg...mgkin kah kita akan bersama satu hari nanti??? biarlah jodoh yg menentukan.... ANTARA KITA>>>MADIHAH BINTI WAN SALEH

Wednesday, March 2, 2011

28 Februari 2011

entah mengapa?? dan kenapa??
wajah nya selalu muncul d dalam mimpi ku,
adakah itu sekadar mainan tidur?
adakah mungkin 1 hari nanti akan berlaku jua...?
tapi,
d kala ini aku merasa dia mmg tiada makna bagi diriku lagi..
aku hanya sekadar dapat
senyum dan bahagia
pabila melihat si dia bahagia dengan si Remey...
adakah mimpi aku itu akan menjadi reality
bahawa 1 hari nanti dia akan datang dan mencari aku...
bagi aku,cinta x blh di paksa...
biar la ia berlalu dgn sejarah silam...
hanya Allah maha mengetahui siapa jodoh ku 1 hari kelak.

Monday, December 6, 2010

Seandainya Kita Sehati Sejiwa

Lafaz apa yg mst ku ungkap
Utk aku luahkan harapan yg bergel0ra disudut hati
Setelah kita berjauhan..
Mengertilah sebenarnya rindu
Ku tenggelam di dalam lamunan, 
Sampai bilakah harus ku nanti
Kekasih yg sehati..
Tiada pernah aku menyesali
Biarpun kemilaunya sering dikhianati mimpi,
Namun ternyata keindahan itu
Tak sekali terhakis musim yg berjuta..
Suka duka ku silih berganti
Walau pedih ku tabah utk menanti,
Keasyikannya terasa jua
Seandainya kita sehati sejiwa,
Mendung cinta berarak berpisah
Tersingkaplah rindumu ditabir senja
Yg membenam segala sangsiku
Kasih sayang akan ku pertahankan..

Kepada Teman Yang Dianggap Teman Tapi Mesra


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

* Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya